X JAPAN wiki ( B.Melayu / Malaysia )


X JAPAN


X Japan (エックス ジャパン Ekkusu Japan?) ialah kumpulan muzik J-Rock dari Jepun yang dibentuk pada tahun 1982 oleh Yoshiki Hayashi dan Toshimitsu "Toshi" Deyama. Band yang pada mulanya bernama X (エックス) ini melambung ke puncak kejayaan setelah mengeluarkan album kedua mereka Blue Blood. Mereka memulakan kerjaya sebagai band power/speed metal dan akhirnya beralih ke progressive metal, sambil terus menulis lagu-lagu balada. Mereka sendiri menyebut muzik mereka sebagai "Speed Metal" dan "Rock Balada". Setelah mengeluarkan 3 album berikutnya, band ini dibubarkan pada tahun 1997, setelah mengadakan konsert "The Last Live" pada tanggal 31 Disember 1997.

Pada 4 Jun 2007 kumpulan mengumumkan akan bersatu semula.




Sejarah

Tahun-tahun awal (1976-1983)

Band ini diilhamkan oleh Yoshiki (Yoshiki Hayashi) dan Toshi (Toshimitsu Deyama) pada tahun 1976 ketika masih lagi di sekolah rendah. Terpengaruh dengan muzik hard rock barat, band ini meniru gaya KISS. Pada awalnya mereka menggunakan nama "Dynamite" (1978-1980) dan kemudiannya "Noise" (1980 sehingga musim panas 1982) sebelum bertukar kepada "X". Pada tahun 1992, nama band sekali lagi diubah kepada "X JAPAN", setelah keluarnya pemain bass mereka iaitu Taiji.

Pada tahun 1982, semasa band ini masih bernama "Noise", mereka telah mengikuti uji bakat band "East West Japan". Pada masa itu mereka memainkan lagu "Rock and Roll" (Led Zeppelin) dan "Burn" (Deep Purple). Turut menyertai festival sekolah mereka di tahun 1982 dengan membawakan lagu "The World Anthem" (Frank marino) dan "Highway Star" (Deep Purple). Yoshiki, Toshi dan Terry pertama kali melakukan pertunjukkan live dibawah nama "X" pada tahun 1983 di festival yang diadakan di sekolah menengah mereka di Chiba. Pada masa itu mereka sudah membawakan lagu ciptaan Yoshiki sendiri berjudul "I'LL KILL YOU" dan "We are X". Di festival yang sama, mereka juga membawakan lagu "Burn" (Deep Purple), "In the Mirror" (Loudness) dan "Killers" (Iron Maiden).


Era Indie (1984-1988)

X mengeluarkan tape demo pertama mereka "I'LL KILL YOU" pada tahun 1984 di studio rakaman Dada Records. Di dalam tape demo tersebut mengandungi 3 buah lagu: "I'LL KILL YOU", "We are X", dan "Stop Bloody Rain".

Lagu-lagu dalam tape demo ini membuat kumpulan ini mula dikenali, dan diteruskan dengan mengeluarkan sebuah indie single berjudul "I'LL KILL YOU" dengan "BREAK THE DARKNESS" sebagai c/w di bulan Mei 1985. Ahli anggota X  pada saat itu terdiri daripada Yoshiki (drum & piano), Toshi (vokal), Terry (gitar), Tomo (gitar), dan Atsushi (bass). Pada mulanya, cara berpakaian mereka menyebabkan tidak ada label rakaman yang mahu mengisi kontrak dengan mereka, tapi gaya berpakaian ala X akhirnya menjadi ciri khas gerakan Visual Kei dalam muzik rock Jepun.

Pada bulan Julai 1985, mereka mengeluarkan 2 buah demo tape, "X Live" dan "Endless Dream". Masing-masing memiliki lagu yang sama ("Kurenai", "Endless Dream", "Lady in Tears", dan "Stop Bloody Rain"), tapi dengan urutan lagu yang berbeza.

Demo tape "Feel Me Tonight" dilancarkan pada bulan Oktober 1985. Lagu ini pertama kali dibawakan pada pertunjukkan Live saat ulang tahun Yoshiki pada 20 November 1985, manakala lagu "Stab Me in the Back" (c/w) tidak pernah dibawakan secara live sehingga pada tahun 1986. Lagu kedua pada demo tape tersebut dinyanyikan oleh Hally. Pada tahun ini juga, mereka membawakan lagu "God Save The Queen" yang dibawa oleh kelompok Sex Pistols.

Pada bulan November 1985, mereka menampilkan versi baru daripada lagu "BREAK THE DARKNESS" dalam album kompilasi "Heavy Metal Force III".

Tidak berhenti begitu saja, Yoshiki membuat taruhan besar dalam hidupnya dan menjual seluruh harta warisan ayahnya untuk mendirikan studio rakaman sendiri yang bernama Extasy Records. Studio rakaman ini kemudiannya menjadi studio rakaman pertama khususnya kepada band-band Visual Kei, termasuk di antaranya: Luna Sea, Glay, dan Zi:KILL.

Demo tape "Kurenai" dilancarkan pada awal tahun 1986, berisikan lagu "Kurenai" (dalam bahasa Inggeris).

Musim panas tahun 1986, mereka melancarkan "Jun Demo Tape". Di dalam demo tersebut terdapat 4 lagu: "Right Now", "Only Way", "Tune Up Baby" dan track ke-4 yang tanpa judul.

Pada bulan April 1986, indie single ke dua,"ORGASM" dilancarkan oleh Extasy Records.Single ini terdiri atas lagu "Orgasm", "Time Trip Loving" (ditulis oleh Jun) serta "X". Setelah EP ini dilancarkan, mereka bersedia untuk membuat tour. Pada tahun itu juga (27 Julai 1986), Toshi, Yoshiki, dan Jun, pertama kali tampil di kaca television,iaitu dalam rancangan berjudul Tensai Takeshi no Genki ga Deru Terebi.

Pada bulan Mac 1987, mereka memasukkan 2 lagu: "Stab Me in the Back" dan "No Connexion" ke dalam album kompilasi Skull Trash Zone Vol.1. Anggota rasmi saat itu terdiri daripada: Toshi, Yoshiki, dan Taiji. Gitaris mereka, Isao patah tangan kerana terlibat dalam kemalangan kereta, sehingga Pata bergabung sebagai gitaris pendukung,tetapi bukan sebagai anggota rasmi. Sementara itu, Yoshiki menghubungi hide(disebut ‘hee day’), ketua kumpulan band Visual Kei dari Saver Tiger yang berasal Yokosuka (mereka pertama kali berjumpa ketika X dan Saver Tiger menyertai dalam Heavy Metal Force vol.III). Yoshiki kemudiannya mengajak hide untuk menyertai X.

Hide menerima pelawaan Yoshiki dan secara rasmi menjadi pemain gitar utama X sejak bulan Mac 1987. Bulan berikutnya (April 1987), Pata juga menjadi gitaris rasmi, melengkapkan formasi band X. Pada bulan Ogos 1987, mereka melancarkan video live "Xclamation". Di dalamnya terdapat lagu "Xclamation", "Stab Me in the Back", dan "Kurenai" (English Version). Pada 26 Disember 1987, X melakukan pertunjukan di CBS Sony, mereka memainkan lagu "Xclamation", "Piano solo~Kurenai (English)", dan "Orgasm".


Era X (1988-1992)

X melancarkan album perdana mereka, VANISHING VISION (14 April 1988). Pada saat itu, ahli anggota X ialah Yoshiki (drum, piano), Toshi (vokal), hide (gitar), Pata (gitar), dan Taiji (bass). Album tersebut laris dan diulang cetak pada bulan Oktober dengan lagu bonus "Stab Me in the Back", dan diulang cetak kembali pada bulan Oktober 1989.

Pada bulan Jun 1988, lagu mereka, "Kurenai" dijadikan bonus CD di majalah Rockin F dengan versi yang berbeza, iaitu dibuka dengan alunan piano dan dengan lirik campuran dari versi Inggeris dan versi Jepun.

Majalah Street Rock Video VOS menampilkan Toshi sebagai muka hadapan majalah mereka pada bulan November 1988. Edisi bulan tersebut memberi Bonus Video klip X memainkan lagu "Vanishing Vision" dan "Orgasm" di Kyoto Sports Valley, selepas wawancara dengan Yoshiki yang pada saat itu sedang menandatangani kontrak dengan Sony.

Pada tahun 1988, X mengambil bahagian dalam film Amerika Tokyo Pop, tetapi mereka hanya tampil sebagai cameo (perhiasan) dan penampilan mereka tidak lebih dari 20 saat. Pada 16 Mac 1989, mereka melancarkan "ThanX" video, yang menampilkan pembuatan video klip Kurenai (versi album BLUE BLOOD, bukan versi album "VANISHING VISION"). Pada 21 April 1989, X melancarkan album mereka yang paling berjaya, Blue Blood. Setelah melancarkan album tersebut, bermulalah tour bernama "Blue Blood Tour" yang ternyata mendapat sambutan dan keuntungan yang besar.

Setelah selesainya tour "Blue Blood Tour", Yoshiki dan kawan-kawan mula menulis lagu baru. Selain itu, mereka juga membuat beberapa PV (video promosi) untuk beberapa lagu dalam album Blue Blood, seperti Celebration yang dirakam di New York (berbeza dengan yang di Visual Shock Vol.2,5). Video klip ini menampilkan Toshi, hide, Pata, dan Taiji, manakala Yoshiki berada di Paris untuk membuat video Rose of Pain. X menjadi sangat popular di Jepun dan selalu muncul dalam pelbagai program television. Tour mereka yang seterusnya diberi nama, "Rose & Blood Tour".

Pada 23 November 1989,Yoshiki pengsan ketika Rose & Blood Tour diadakan kerana cara bermain Drumnya yang ekstrim. Yoshiki harus menjalani rawatan di hospital kerana kejadian tersebut. Selama di hospital, Yoshiki mencipta sebuah lagu terhebat untuk X.Disebabkan pada saat itu lagu tersebut masih belum sempurna, lagu tersebut hanya dijadikan sebuah Demo Tape.

Pada tahun 1990, Toshi & Yoshiki ikut serta dalam L.O.X. Shake Hand "compilation album". Album kompilasi ini tidak diisi oleh kumpulan dari band yang berbeza-beza, melainkan album yang meng"kompilasi"kan anggota-anggota band yang berbeza untuk membuat sebuah band seperti "band impian". Toshi berada di posisi vokal, dan Yoshiki pada drum (dengan nama Rei Shiratori), Naoki (Lip Cream) pada Gitar, Act (Orange) pada Bass. Ahli muzik yang lain yang juga ikut ikut serta, antaranya ialah: Butaman (Tetsu Array), Ishiya (Death Side), Ranko (Sperma), Selain muzik speed metal dan ballad yang dibawa Yoshiki dan Toshi, anggota lainnya terdiri daripada ahli band punk/hardcore, di antara lagu-lagu mereka yang lain ialah "Tragedy of M".

Pada tahun 1991, semua anggota X pergi ke Los Angeles untuk membuat rakaman album baru mereka, Jealousy. Setelah 7 bulan membuat rakaman, mereka kembali ke Jepun dan melancarkan album Jealousy pada 1 Julai 1991 di Jepun. Album ini terus naik ke tempat pertama dalam kedudukan album Oricon Charts. Setelah melancarkan album ini, mereka membuat tour berikutnya, Violence in Jealousy (1991).

Dengan melancarkan album Jealousy, X menjadi bertambah popular di Jepun. Selain itu, kepopularan mereka bertambah kerana sering melakukan tour selepas melancarkan album Vanishing Vision dan Blue Blood. Beberapa orang berpendapat bahawa album ini adalah "Album X”, kerana setiap ahli kumpulan menyumbangkan idea-idea mereka, di Visual Shock Vol.3 juga menunjukkan ahli kumpulan, dengan lagu masing-masing. (Toshi: "Desperate Angel", hide: "Love Replica", Pata: "White wind from Mr.Martin", Taiji: "Voiceless Screaming", Yoshiki: "Silent Jealousy"). Selama proses rakaman album ini, Yoshiki dan Taiji mula memiliki perbezaan konsep muzik. Pada tanggal 5, 6, 7 bulan Januari 1992, X menggelar rangkaian konsert "On The Verge of Destruction" di Tokyo Dome. Pada hari ketiga, tanggal 7 Januari 1992, konsert ini merupakan konsert terakhir (Last Live) bagi Taiji yang keluar dari X kerana perbezaan konsep muzik antara dirinya dan Yoshiki yang tidak dapat disatukan lagi. Lagipun Yoshiki adalah ketua kumpulan X, sehingga Taiji memilih untuk mengundurkan diri. Setelah keluar dari X, Taiji bergabung dengan Loudness, D.T.R. dan Cloud 9.


Era X JAPAN (1992-1997)

Pada tahun 1991, X sudah sangat terkenal di Jepun, disebabkan itu mereka mencuba "Go International" ke Amerika Syarikat. Ternyata di Amerika sudah ada band yang juga bernama X, jadi pada 23 Ogos 1992 mereka memutuskan untuk mengubah nama band menjadi X Japan. Pada saat itu, Heath telah bergabung dengan X Japan.

Setelah pertunjukan live pertama dengan Heath di Extasy Summit'92 (pesta rock terbesar yang diadakan Extasy Records milik Yoshiki), Yoshiki kembali harus menjalani rawatan di hospital akibat bermain drum dengan ekstrim pada acara tersebut. Selama di hospital, Yoshiki menyempurnakan sebuah lagu terhebat (Ultimate Song) dari X Japan, berjudul "Art of Life". Lagu ini adalah sebuah lagu progessive rock/metal yang mencampurkan muzik klasik dengan panjang lagu 29 sehingga minit (menjadikannya sebagai salah satu lagu terpanjang di dunia).

Art of Life adalah demo yang dicipta oleh Yoshiki ketika dia menjalani rawatan di hospitl pada era Rose & Blood, dengan nama "End of the World". Pada ketika itu Taiji masih berada di posisi bass, jadi terdapat 2 buah demo tape dari Art of Lifezz (perbezaanya hanyalah pada bassisstnya sahaja). Lagu "Art of Life" dilancarkan sebagai sebuah album mini dengan judul yang sama seperti judul lagunya.

Pada minggu pertama lagu ini dilancarkan, lagu ini terus mendapat sambutan yang luar biasa. "Art of Life" hanya pernah dimainkan live sebanyak 2 kali, iaitu pada 30 & 31 Desember 1993 di konsert "X Japan Returns" di Tokyo Dome. Di konsert, X Japan melakukan penambahbaikan yang membuat lagu ini bertambah panjang menjadi setengah jam lebih. Di konsert ini juga Toshi untuk pertama kalinya berpenampilan dengan rambut terurai ke bawah dan dengan make-up yang tidak tebal.

Muzik X di bawah pimpinan Yoshiki tidak pernah berhenti berevolusi. Warna muzik mereka dimulai dari speed metal seperti "Sadistic Desire", "Phantom of Guilt", dan "Vanishing Love", sampai ke lagu ballad seperti "Tears" dan "Say Anything", serta Alternative Rock berjudul "Dahlia" dan "Rusty Nail" dari era terakhir mereka. Hampir seluruh lagu X diciptakan oleh Yoshiki dan disusun oleh hide dan Taiji di awal karier mereka.

Kerana gemarnya Yoshiki kepada muzik klasik,jadi ia sangat mempengaruhi muzik-muzik X, seperti pada lagu "Rose of Pain", "Art of Life", dan "Amethyst". Yoshiki memiliki Album yang bernama Eternal Melody, dimana lagu-lagu X disusun oleh George Martin dan penata lagu untuk muzik-muzik klasik lainnya. Kedua-dua album tersebut dimainkan di London Philharmonic Orchestra dan dilancarkan pada tahun 1993. Yoshiki juga memilih beberapa muzik klasik untuk dimasukkan ke dalam 2 buah album kompilasi berjudul Yoshiki Selection dan Yoshiki Selection II. Yoshiki juga menulis semula lagu "Black Diamond" milik KISS menjadi lagu klasik yang terdapat di album Kiss My Ass, sebuah album tribute untuk KISS yang dilancarkan pada tahun 1994.

Setelah melancarkan ART OF LIFE, mereka kemudian melancarkan salah satu lagu X JAPAN yang paling popular, "Tears" dalam bentuk single. Lagu ini dimainkan di beberapa program TV dan ketika konsert X JAPAN Returns. Pada tahun yang sama, X juga melancarkan sebuah album kompilasi yang memuatkan single-single popular mereka ketika masih bernama X, dan album kompilasi tersebut diberi nama X Singles.

Walaupun pada saat itu Heath telah bergabung dengan X Japan, tetapi seluruh permainan bass yang terdapat di "X Singles" adalah permainan bass Taiji. Hal ini sengaja dilakukan sebagai penghormatan terhadap Taiji yang telah bersama-sama menaikkan nama X. Pada tahun-tahun berikutnya, X JAPAN juga terus melancarkan album-album kompilasi dengan Taiji diposisi bass untuk menghormatinya.

Pada 10 Julai 1994 mereka melancarkan single baru,"Rusty Nail". Lagu ini berada di tangga pertama Oricon Chart pada minggu pertama pelancarannya, poster muka single ini ditampal di sepanjang jalan di Harajuku. Pada tanggal 20-22 Mei 1994, X JAPAN menyertai acara "Aoniyoshi Great Music Experience". Di acara tersebut, X JAPAN tampil bersama Roger Taylor (Queen) dan artis-artis internasional yang lain. Pada 30 dan 31 Desember 1994, mereka mengadakan konsert "Aoi Yoru~Shiroi Yoru" di Tokyo Dome dan membawakan lagu baru berjudul "Dahlia", "Scars"(SCARS on melody), dan"Longing". Demo tape Longing dibahagikan kepada beberapa orang ketika konsert. Semua lagu yang disebut tadi dimasukkan ke dalam album terakhir mereka, Dahlia.


Perpecahan band (1996-1997)

Pada bulan November 1995, X JAPAN mengadakan Dahlia Tour 1995-1996 bersama dengan pelancaran album kelima mereka DAHLIA. Pada 30 dan 31 Desember 1995, mereka mengadakan Dahlia Tour on Tokyo Dome untuk menyambut tahun baru. Pada 13 Mac 1996, pada konsert di Nagoya Rainbow Hall, Yoshiki kembali pengsan disebabkan cara bermain drum yang ekstrim. Sejak saat itu Yoshiki diwajibkan oleh doktornya untuk mengenakan penunjang leher ketika bermain drum kerana otot pada lehernya mengalami kecederaan.

Setelah Dahlia Tour Final 1996, ketika X Japan berjaya di puncak kecemerlangan, Toshi menyatakan hasratnya kepada Yoshiki bahawa dia ingin mengundurkan diri dari X JAPAN. Kerana Toshi sudah menjadi vokalis sejak band ini masih bernama "Noise" dan dia juga sudah menjadi icon dari X Japan, sangatlah mustahil untuk mengganti posisi Toshi. X JAPAN (tanpa Toshi) mengumumkan perpecahan band mereka ketika pra persidangan pada tanggal 22 September 1997.

Toshi terlibat dalam program berhubungan dengan alam dan terapi muzikal, dipimpin oleh seseorang bernama Masaya. Banyak yang mengatakan bahawa inilah alasan sebenar Toshi mengundur diri dari X Japan. Toshi lalu meneruskan kariernya dengan solo,dia berkata bahawa Masaya telah menjadi sumber inspirasi barunya dalam bermuzik. Banyak desas-desus yang muncul mengenai keterlibatan Toshi dan program yang dipimpin Masaya. Bahkan ada yang mengatakan bahawa Toshi telah di cuci otak(brainwash). Dikatakan bahawa Toshi pernah berkelahi dengan adiknya kerana Toshi telah menghabiskan banyak wang untuk program yang dipimpin Masaya. Hal ini dibantah Toshi kerana Toshi mengatakan dia bertemu dengan Masaya setelah Toshi keluar dari band, dan Masaya juga hanyalah seorang pemuzik biasa. Teori yang lain adalah kerana Toshi telah mendapat "kebahagiaan" setelah dia menikah dan muzik X sangatlah berbeza dengan dirinya sekarang (muzik X JAPAN dominan berisi tentang kesedihan, kebencian dan insanity, yang tidak sesuai dengan diri Toshi setelah menikah). Alasan sebenar Toshi meninggalkan Band pada ketika itu masih menjadi misteri. Pada tanggal 31 Desember 1997, X Japan mengadakan konsert terakhir mereka di Tokyo Dome yang bernama The Last Live.


The Last Live Concert

Konsert terakhir daripada X Japan ini nampak seperti copy dari konsert Dahlia Tour Final 1996, tetapi pergelutan emosi yang terjadi antara ahli kumpulan dengan para peminat di konsert ini jauh sangat besar. Pada lagu-lagu yang dimainkan sehingga konsert berakhir seluruh para peminat menangis, terutama pada 4 lagu terakhir X Japan di konsert terakhir mereka, The Last Live.

Pada lagu "Forever Love" Toshi berpelukan dengan Yoshiki sambil menangis, sebenarnya Yoshiki ingin memukul ketika dia menghampiri Toshi , tetapi ia tidak terjadi kerana teringat bahawa mereka berdua adalah sahabat baik (mereka berkawan sejak mereka masih duduk di bangku sekolag), disebabkan itu Yoshiki lebih memilih untuk memeluk Toshi saat Toshi ingin memeluknya.

Sebelum lagu "Endless Rain" bermula, Yoshiki menangis ketika dia berterima kasih kepada ahli kumpulan X JAPAN dan seluruh peminat. Pada awal lagu, hide juga  tidak dapat menahan kesedihan dan menangis.

Pada lagu "The Last Song" selesai dinyanyikan (dimana semua penonton telah menangis), lagu "Tears" diputar di layar besar di panggung menampilkan sorotan-sorotan perjalanan X Japan dari saat mereka masih sebuah band indie kecil sehingga menjadi sebuah band nombor satu di seluruh Jepun.

Di DVD The Last Live, Yoshiki memotong 3 buah lagu terakhir (Curtain call~Say Anything, The Last Song, dan Epilogue~Tears). Hal ini disebabkan Yoshiki tidak pernah menginginkan X Japan terbubar (jika konsert berakhir maka itu bererti X Japan telah terbubar). Kerana itu Yoshiki memutuskan agar rakaman The Last Live menjadi sebuah konsert yang tidak pernah berakhir (dalam versi DVD, konsert tamat pada lagu "Endless Rain"). Selain itu di konsert "The Last Live" terdapat 2 buah Closing S.E. yang dipotong oleh Yoshiki (tidak terdapat di DVD, mahupun CD album "Last Live") iaitu "Unfinished" dan "Forever Love~Last Mix".


Setelah dibubarkan (1998-2006)

Setelah X Japan terbubar, hide melanjutkan karier solonya dengan band yang dibentuknya, hide with Spread Beaver. Pata ikut serta membantu hide. Pata dan heath bergabung dengan DopeHEADz sampai band tersebut bubar pada tahun 2003. Heath lalu berkarier solo bersama band Lynx, dan Pata bersama band Ra:IN.

Toshi pergi ke tempat terpencil bersama Masaya, lalu mengembangkan muzik mereka untuk menolong orang-orang sakit. Dia diberitakan pada tahun 2004 bahawa telah menyeksa anak-anak dan mencuci otak mereka untuk mengikut perintahnya. Toshi, dalam situasinya, mengatakan bahawa itu semua adalah fitnah, dia mengatakan bahawa dia dan Masaya tidak akan pernah menyakiti orang.

Yoshiki dan hide dipercayai berhasrat menyatukan kembali X pada tahun 2000, dan mencari seseorang untuk menggantikan posisi Toshi. Sebuah tragedi besar menyebabkan hal ini tidak akan pernah berlaku iaitu ketika hide dijumpai meninggal dunia pada 2 Mei 1998, selepas mabuk pada malam sebelumnya. hide dijumpa tergantung di gagang pintu bilik mandinya dengan sehelai tuala terlilit di lehernya. Berita ini mengejutkan seluruh Jepun ; 4 orang peminat cuba untuk membunuh diri kerana tidak rela hide meninggal, 2 di antaranya meninggal. Banyak spekulasi yang timbul mengenai kematian hide. Bunuh diri atau kemalangan, tetapi sama sekali tidak ada motif bagi hide untuk bunuh diri. Ada yang mengatakan lirik lagu "Pink Spider" pada singlenya yang dijadualkan dilancarkan pada 3 Mei 1998 (sehari sebelum kematian hide)adalah "nota bunuh diri". Taiji, dalam buku yang ditulisnya (berjudul "X no Sei to Shi:Uchuu wo Kaeru tomo e" atau "Death and Life of X:To My Friends Who Flies Through Universe") mengatakan bahawa seluruh ahli kumpulan X Japan memiliki kebiasaan untuk mengikat tuala ke leher dan bahu mereka selepas selesai membuat persembahan. Kemungkinan hide berniat melakukan hal tersebut, tetapi kerana mabuk dia terjatuh (hal yang berkemungkinan terjadi kerana hide sedang berada di bilik mandi) dan tidak ada tenaga untuk melepaskan tuala yang melilit lehernya. Hal ini merupakan hal yang paling disetujui oleh peminat-peminat hide(termasuk aq), mengenai kematian hide. Pada tanggal 5 Mei 1998, upacara pemakaman hide diadakan. X Japan memainkan lagu "Scars" dan "Forever Love" di upacara pemakamannya.Taiji juga datang ke pemakaman hide. Ini adalah pertama kalinya Taiji bertemu kembali dengan ahli X Japan setelah dia keluar dari Band tersebut.

Terkejut kerana kematian hide, Yoshiki mendapat tekanan dan murungan yang sangat teruk selama hampir 3 tahun, dia tidak boleh bermain atau mengarang muzik lagi.

Pada akhir tahun 2000, Yoshiki pulih, dan dia mengumumkan projek terbaru, Violet UK, sebuah projek yang mencampurkan unsur muzik dengan visual dan seni. Pada tahun 2002 dia telah membintangi iklan sebuah kedai 7-Eleven, menggunakan muzik Violet UK dan beberapa konsep untuk hal tersebut. Sayangnya, tidak banyak muzik Violet UK yang dilancarkan ke pasaran. Pada  tahun yang sama, Yoshiki mengumumkan bahawa dia akan bergabung dengan band J-POP Globe, untuk membantu kawan lamanya,Tetsuya Komuro (pada tahun 1991 mereka bekerjasama dengan nama V2, dengan Yoshiki di posisi drum, sedangkan Komuro di keyboard dan vokal).

Awal tahun 2007, Yoshiki mengumumkan bahawa dia akan membentuk band yang mengandungi 5 orang ahli, sampai saat ini baru ada 4 orang yang bergabung dengan band tersebut iaitu: Gackt (ex. vokalis Malice Mizer) di posisi vokal, Sugizo (ex. Gitaris Luna Sea) di posisi gitar, Miyavi (ex. gitaris Due'le Quartz) diposisi gitar, dan Yoshiki di posisi drum dan piano, manakala pada posisi Bass, diisi Ju-Ken (bassis GacktJob) tetapi hanya sebagai tambahan. Pada tanggal 25 Mei 2007, Yoshiki mengumumkan berdirinya band bernama S.K.I.N..

Pada tahun 2007,Heath baru saja melancarkan album solo ketiganya yg berjudul "Desert Rain" dan Taiji kembali berkarier solo dengan band barunya "Otokaze" yang dia bentuk bersama adik perempuannya.

Pada 11 Februari 2007, di blog Toshi mengatakan bahawa dia dan Yoshiki sudah menyelesaikan lagu baru dari X JAPAN yang berjudul "Without You". Pada bulan itu juga, pengumuman mengenai konsert reunion X JAPAN untuk menyambut 25 tahun berdirinya X JAPAN yang diumumkan oleh Yoshiki dan Toshi di blog mereka masing-masing.

X JAPAN juga dikhabarkan tampil dalam acara NHK Kouhaku Utagassen pada 31 Disember 2007. Selain itu X JAPAN juga menyumbang sebuah lagu baru sebagai soundtrack untuk film "SAW IV" yang berjudul "I.V.".


Kembalinya X JAPAN

Setelah hampir 10 tahun dibubar,X JAPAN kembali melakukan persembahan perdana di khalayak ramai ketika pengambilan gambar untuk PV terbaru mereka,"I.V.", di Odaiba Aqua City pada 22 Oktober 2007.

Sekitar 10.000 peminat menghadiri Aqua City untuk menyaksikan kemunculan kembali X Japan.Keempat-empat ahli X Japan muncul di lokasi pengambaran untuk melakukan PV shooting,terlihat di lokasi pengambaran terdapat sebuah ruang kosong,dimana disana metempatkan sebuah gitar milik mendiang hide. Di acara tersebut,Yoshiki mengumumkan bahawa X JAPAN akan mengadakan konsert di Tokyo Dome pada musim bunga 2008.

Pada 20 Januari 2008 X JAPAN mengadakan persidangan mengenai Konsert Reunion X JAPAN dan sebuah live tribute untuk hide.

Rangkaian Konsert "I.V.~Towards Destruction" diadakan pada 28, 29, 30 Mac 2008. Konsert ini merupakan konsert sekembalinya X JAPAN. Pada konsert ini terdapat 3 orang tetamu jemputan guitarist,antaranya Richard Fortus (Gun’s n Roses), Wes Borland (ex-Limp Bizkit) dan Sugizo (Luna Sea).Konsert ini dihadiri oleh 150 ribu peminat dari seluruh dunia, dan menghabiskan pembiayaan 2.5 Juta Yen. Pada awalnya konsert ini dirancang hanya selama 2 hari saja, tetapi kereana ramai peminat yang tidak dapat membeli tiket maka Yoshiki memutuskan untuk menambahkan 1 hari lagi untuk konsert ini. Bahagian gitar hide, masih diisi oleh hide sendiri menggunakan rakaman gitarnya dan layar besar panggung juga menampilkan sosok badan hide.Di konsert ini juga, X JAPAN untuk pertama kalinya memainkan 2 buah lagu baru mereka, "Without You" dan "I.V.".

Pada hari pertama konsert ,Destruction Night, Yoshiki pengsan ketika memainkan lagu Art of Life.Lagu tersebut terhenti tepat sebelum bermulanya bahagian Piano Solo, pada lagu tersebut juga muncul hologram mendiang hide untuk turut serta "bermain" dalam konsert tersebut. Pada konsert hari kedua, Reckless Night, X JAPAN bermain dengan 3 orang gitaris jemputan ketika memainkan lagu "X". Di konsert ini juga terdapat pertunjukkan dari solo projek Yoshiki, Violet UK. Pada konsert hari terakhir, Creation Night, X JAPAN kembali bermain dengan 3 orang gitaris jemputan ketika memainkan lagu "Orgasm" dan "X", juga terdapat pertunjukkan dari Violet UK, dan X JAPAN kembali memainkan Art of Life bersama-sama dengan hologram mendiang hide (dimulai daripada bagian piano solo).

Pada konsert Towards Destruction, Toshi menceritakan mengenai pengalaman dirinya selama sepuluh tahun terakhir dan memperbetulkan seluruh salah faham mengenai dirinya yang beredar diantara peminat. Toshi menjelaskan di blognya mengenai healing music yang dia jalani, memberi penjelasan mengenai siapa Masaya dan perkara yang dia jalani setelah keluar dari X JAPAN, dimana penjelasan Toshi memberikan bukti bahawa isu buruk yang beredar mengenai dirinya adalah salah.

Pada 3 dan 4 Mei 2008 diadakan "hide Memorial Summit",sebuah pesta muzik yang diadakan untuk mengenang 10 tahun kematian hide. X JAPAN bermain pada tanggal 4 Mei, ditampilkan juga clip-clip kenangan tentang hide pada live X JAPAN tersebut. Hide Memorial Summit disertai oleh banyak band besar, antara lain Dir en grey, Luna Sea, dan Versailles.

Setelah hide Memorial Summit,keadaan tubuh Yoshiki kembali buruk.Hal ini disebabkan penyakit hernia pada leher Yoshiki kembali datang kerana pada konsert Towards Destruction dan hide Memorial Summit, Yoshiki tidak memakai penunjang leher seperti yang diperintahkan doktornya.

Hal ini menyebabkan jadual World Tour X JAPAN, antaranya di Paris; Madison Square Garden,New York; dan Taipei World Center,Taiwan tergendala sehingga keadaan tubuh Yoshiki pulih.


Live show

X Japan dikenali dengan  selalu melakukan pertunjukkan live yang menarik. Pada tahun 1982 (ketika band baru terbentuk) mereka sering tampil di festival-festival budaya dan beberapa pesta, hal ini menyebabkan X Japan dengan cepat mempunyai banyak peminat.

Sehari selepas pelancaran album pertama mereka,Vanishing Vision,mereka mengadakan konsert di Tokyo Nakano Kohkaido, mereka juga sudah mula membuat tour pertama mereka, Vanishing Tour. Pada tahun 1989 mereka mengadakan tour di beberapa kota, Blue Blood Tour, tour itu untuk mempromosikan album baru mereka, Blue Blood. Tour ini mendapat sambutan yang luar biasa.

X Japan melancarkan album ketiga mereka pada 1 Julai 1991. Pada bulan Januari 1992, mereka mengadakan konsert di Tokyo Dome selama 3 malam. Konsert ini merupakan konsert terakhir Taiji. Setelah Taiji keluar dari band, X Japan berhenti melakukan tour, kerana mereka sedang mencari Bassist untuk menggantikan posisi Taiji. Pada 30-31 Desember 1993, mereka melakukan Tokyo Dome Live pertama mereka dengan Heath diposisi bass. Konsert tersebut diberi nama X Japan Returns, kerana sejak tahun 1992 mereka tidak pernah mengadakan konsert lagi. Konsert selama dua hari itu diadakan dengan jayanya, Tokyo Dome dipenuhi oleh para peminat.

Pada awal tahun 1995, X Japan mula memainkan lagu-lagu baru di beberapa prograam television Jepun seperti Music Station (dan acara spesial tahunan Super Live) dan Hey!Hey!Hey! Music Champ. Pada bulan November tahun itu, mereka menggelar Dahlia TOUR (untuk mempromosikan album terakhir mereka, DAHLIA). Tour tersebut selesai selama 2 hari terakhir tahun itu di Tokyo Dome. Akhir sekali, kerana perpecahan band, X Japan menggelar konsert terakhir mereka pada 31 Desember 1997, The Last Live.


Trivia

  •          Mantan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi mengatakan bahawa dia adalah peminat besar X Japan. Dia berkata bahawa muzik-muzik X Japan telah mengubah cara pemikirannya sebagai seorang ahli politik dan juga mengubah pandangannya mengenai masyarakat Jepun. Lagu yang paling disukai Junichiro Koizumi ialah lagu "Forever Love".


  •          X Japan merupakan pengaruh terbesar bagi banyak band-band Visual Kei lainnya. Ruki (Death Voice The Gazette) bahkan berkata bahawa X Japan merupakan band yang pertama yang dia saksikan.


  •          hide, merupakan orang yang sangat dihormati oleh banyak J-Rocker.Banyak juga J-Rocker yang memutuskan untuk menjadi seorang J-Rocker kerana mempunyai inspirasi daripada hide, antaranya ialah Hitsugi (gitaris Nightmare), Hiroto (gitaris Alice Nine), Takehito (gitaris Ayabie),dan Intetsu (bassis Ayabie).


  •          Pertemuan pertama Yoshiki dengan hide adalah ketika X dan Saver Tiger (band hide sebelum X Japan) ikut serta dalam pembikinan album kompilasi "Heavy Metal Force III",selain itu lagu "Sadistic Desire" milik X Japan merupakan lagu milik Saver Tiger yang berjudul "Sadistic Emotion",selain itu "Love Replica" juga merupakan sebuah demo yang asalnya milik Saver Tiger(kedua lagu tersebut diciptakan oleh hide).


  •          Pada masa Indies mereka, X bukanlah satu-satunya band yang bergaya Visual kei, band Saver Tiger hide juga bergaya Visual Kei. Hal ini mungkin disebabkan hide juga peminat KISS, sama seperti Yoshiki, selain itu Taiji dan Jun (keduanya bekas ahli X) dahulunya membentuk band Visual kei bernama "Dementia". Ketiga-tiga band tersebut mempunyai panggilan "Three Kantou Trash Band".


  •          X mempunyai sebuah permainan video untuk konsol Sega Saturn yang berjudul "X-Japan Virtual Shock 001". Dalam permainan ini, pemain bertugas sebagai fotografi untuk menangkap gambar kegiatan-kegiatan ahli X Japan di atas dan di belakang pentas.


  •          Judul lagu DAHLIA merupakan sebuah akronim dari kata-kata yang muncul di penghujung lagu,iaitu: "Destiny, Alive, Heaven, Love, Innocence, Always, Destroy, Aftermath, Hell, Life, Infinite" , Amethyst (kata terakhir tidak dimunculkan di dalam lagu,tetapi tedapat di hidden track album solo Yoshiki,Eternal Melody II).


  •          Ciri khas dimainkannya lagu "Kurenai" adalah seluruh panggung diselimuti cahaya berwarna merah pekat (kurenai).


  •          Lagu "Tears" dari X Japan dijadikan soundtrack sebuah film Korea berjudul "Windstruck".


  •          X Japan mempunyai group orkestra yang khusus membawakan lagu-lagu milik X Japan,iaitu X Orchestra.


  •          Hanya di Single "The Last Song"lah dapat dilihat rakaman lagu "The Last Song" di konsert The Last Live yang dipotong oleh Yoshiki.


  •          Tagline X Japan adalah "Psychedelic Violence Crime of Visual Shock", sedangkan tagline sebelumnya adalah "Sexy Scandal Love Violence"


  •          Hampir 90% lagu-lagu X Japan diciptakan oleh Yoshiki, hal ini disebabkan hampir seluruh ahli X Japan berfikir betapa bagusnya mereka membuat sebuah lagu, akan tetap lebih bagus lagu buatan Yoshiki. Hanya hide satu-satunya ahli X Japan yang berani memberi kritikan terhadap lagu yang diciptakan Yoshiki, hal ini menyebabkan Yoshiki merasa sangat "kehilangan" saat hide meninggal.


  •          Lagu X Japan yang berjudul "Rose of Pain" menceritakan tentang Ratu Elizabeth Bathory (Prancis,abad XVI & XVII) yang gemar membunuh para warganya lalu mandi dengan darah mereka, hanya untuk menjaga kecantikannya.


  •          Ahli X pernah bertukar posisi saat memainkan lagu 20th Century Boys, formasinya ialah : Toshi (drum), Yoshiki (gitar), hide (vokal), Taiji (gitar), Pata (bass)


  •          Lagu X Japan yang berjudul X dijadikan soundtrack movie anime X


  •          Tidak seperti PV X Japan yang lain,promosi video untuk lagu "Rusty Nail" adalah sebuah anime


  •          Cover demo tape pertama X Japan "I'LL KILL YOU" menggambarkan foto para korban bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di saat Perang Dunia II


  •          I.V. , bererti 22 November(I=abjad ke 11,V=abjad ke 22) iaitu hari dimana X JAPAN dibubarkan (22 November 1997), juga dapat bererti X Japan yang kini hanya tinggal 4 orang ahli,selain itu IV merupakan angka romawi dari 4 (seri SAW dimana I.V. dijadikan soundtrack).Namun berdasarkan Yoshiki, pada saat dia memberikan judul lagu tersebut, yang ada difikirannya dari I.V. adalah 'Intravenous' (Infus), dan tidak ada erti yang lainnya. Yoshiki sendiri terkejut kerana ternyata I.V. dapat memiliki banyak erti.


Anggota

Kini



  •         Yoshiki (Yoshiki Hayashi) - Drum, Piano


  •          Toshi (Toshimitsu Deyama) - Vokal


  •          hide (Hideto Matsumoto) - Gitar (1987 - kini )


  •          Pata (Tomoaki Ishizuka) - Gitar (1987 - kini )


  •          Heath (Hiroshi Morie) - Bass (1992 - kini )


  •          Sugizo (Sugihara Yasuhiro) - Gitar (2009 - kini )



Bekas anggota


  •          Taiji (Sawada Taiji) - bass (1986-1982)


Bekas anggota (era Indie)

  •          Jun/Shu (Hisashi Takai) - gitar (1985, 1986)

  •          Hikaru - bass (1986)

  •          Atsushi (Atsushi Tokuo) - bass (1985)

  •          Eddie - gitar (1985)

  •          Hally (Yoshifumi Yoshida) - gitar (1985)

  •          Isao - gitar (1987)

  •          Kerry - gitar (1986)

  •          Satoru - gitar (1986)

  •          Terry (Yuji Izumisawa) - gitar (1983-1985)

  •          Tomo (Tomoyuki Ogata) - gitar (1984-1985)

  •          Zen (Zenon) - gitar (1985-1986)





*100% diedit oleh Wan Mohd Amsyar ~  ~  ~

0 Comments

Game Developer, Designer

You may contact me for more inquiry