Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Wan Mohd Amsyar bin Wan Mohd Yasin. Anak ke 6 daripada 7 adik beradik (5 lelaki dan 2 perempuan). Berumur 23 tahun pada tahun ini. Saya dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Chemor, Perak namun sekarang menetap kembali di Gemas, Negeri Sembilan pada awal tahun ini.
Saya mendapat pendidikan awal di tadika kemas Gemas (2003), seterusnya Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas (2004-2008), Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud (2009) dan seterusnya di peringkat sekolah menengah di SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak (2010-2014). Saya melanjutkan pelajaran di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka pada 2015 dan tamat pada 2018 dan mengambil bidang Diploma Teknologi Animasi. Setelah tamat pengajian saya bekerja di kedai runcit kering dan basah milik keluarga dan bekerja sambilan mengikuti rakan bekerja sebagai perkhidmatan pendawaian elektronik. Pada masa sama saya juga mengambil upah untuk mereka logo atau ilustrasi jika diminta dan biasanya hanya kawan-kawan. Pada tahun ini saya melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mengambil jurusan reka bentuk permainan digital.
Saya meminati sukan seperti bola sepak, futsal, bola tampar dan badminton. Saya juga gemar mendengar lagu terutama daripada kumpulan power metal Jepun iaitu Galneryus dan X Japan, Michael Jackson, Dimash Kudaibergen dan band-band zaman rock kapak. Saya juga gemar melukis pada masa lapang dan bermain gitar. Walaupun saya menyambung pelajaran dalam bidang permainan digital namun saya bukanlah seorang gamer tegar kerana banyak masa lapang saya penuhkan dengan menonton Youtube dan membaca artikel-artikel di Facebook. Saya meminati artikel tentang haiwan, kejadian alam semulajadi, tentang apa yang berlaku di luar negara dan kisah-kisah seram. Saya amat jarang buka Instagram dan tiada akaun Twitter.
Setakat itu sahaja pengenalan diri saya. Terima kasih kerana meluangkan masa di blog saya. Sekian, Assalamu'alaikum wbt.
0 Comments